Butiran Imunisasi Melalui Aplikasi MySejahtera Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, program imunisasi COVID-19 telahpun bermula hari ini, dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dua individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin tersebut.

Pengguna juga sudah boleh mula mendaftar untuk slot imunisasi mereka melalui MySejahtera, dan terkini, aplikasi tersebut juga nampaknya sudah boleh mula menerima menunjukkan butiran imunisasi yang diterima.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, telah menunjukkan tangkapan skrin butiran vaksinasi beliau, dan daripada apa yang dapat dilihat, MySejahtera memperlihatkan garis masa daripada hari pendaftaran untuk imunisasi, kelayakan menerima vaksin, tarikh temu janji vaksinasi, penerimaan vaksinasi pertama, butiran vaksin yang diterima, dan di masa akan datang, penerimaan vaksinasi kedua dan sijil pengesahan imunisasi vaksin COVID-19.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini berada di fasa pertama, dimana pekerja barisan hadapan akan menerima imunisasi terlebih dahulu, kemudian warga emas dan risiko tinggi pada bulan April, dan rakyat dewasa pada bulan Mei kelak.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, anda sudahpun boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan suntikan imunisasi melalui aplikasi MySejahtera ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami