Cari @ Amanz

Dengan peralihan ke cip pemprosesan baharu, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk semua penawaran komputer dibawah mereka. Ini termasuk komputer semua dalam satu mereka, iaitu Apple iMac.

Terbaru, mengikut perkongsian Jon Prosser, Apple diperkatakan telah mula menguji Apple iMac dengan penawaran binaan berwarna – menyerupai penawaran warna seperti iPad Air. Ini sekaligus membolehkan anda mendapatkan iMac dengan pilihan warna yang disukai anda, dan tidak terhad kepada hanya satu pilihan seperti hari ini.

Apple iMac

Mengikut gambar olok yang dikongsikan juga, ia dilihat turut mengambil beberapa elemen rekaan iPad – termasuk untuk skrin hadapan iMac.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan iMac baharu ini secara rasminya – tetapi kita boleh menyasarkan untuk pengenalannya pada tahun ini kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd