AMD Bakal Memperkenalkan Kad Grafik RDNA2 Terbaru Mereka Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD telah memperkenalkan siri kad grafik RDNA2 terbaru mereka pada bulan Januari, yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6900XT, AMD Radeon RX 6800XT dan AMD Radeon RX 6800.

AMD, melalui sebuah ciapan di akaun Twitter Radeon mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah lagi kad grafik pada 3 Mac kelak.

Ura-ura bahawa AMD bakal memperkenalkan sebuah lagi siri kad grafik untuk menyaingi NVIDIA telahpun menular, dan pengumuman ini nampaknya mengesahkan bahawa AMD akan memperlihatkan kad grafik RDNA2 yang hadir dengan lebih mampu milik untuk mereka yang cukup gembira untuk bermain permainan-permainan kegemaran mereka pada resolusi Full HD.

Nama kad grafik yang akan dilancarkan tidak disahkan lagi, tetapi AMD dijangka akan melancarkan AMD Radeon RX 6700XT dan AMD Radeon RX 6700 untuk menyaingi model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami