Cari @ Amanz

Clubhouse ialah platform media sosial yang memfokuskan kepada perbualan secara audio yang sedang meningkat popularitinya, walaupun buat masa ini, ia masih lagi terhad pada platform iOS dan anda memerlukan seseorang untuk menjemput anda untuk menggunakannya.

Sebelum ini kami ada mengatakan bahawa had pendengar dalam mana-mana satu bilik perbualan adalah terhad kepada 5000 orang sahaja. Orang yang bertanggungjawab untuk membolehkan kita melihat had tersebut buat pertama kalinya ialah Elon Musk.

Apabila artikel ini sedang ditulis, Bill Gates sedang berbicara di Clubhouse, dan apa yang saya perhatikan ialah bahawa had pendengar didalam sebuah bilik perbualan telah dinaikkan sehingga 8000 orang.

Clubhouse ialah sebuah platform yang sedang dibangunkan dengan pesat, jadi tidak hairanlah dengan populariti yang sedang diterimanya, pembangun-pembangun aplikasi tersebut sedang bekerja keras untuk menambah kapasiti pengguna, dan ia diharap ciri-ciri baru yang akan membuatkan aplikasi ini lebih mesra pengguna di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd