Oppo Menunjukkan Bagaimana Skrin Boleh-Gulung Mereka Berfungsi

Oppo Menunjukkan Bagaimana Skrin Boleh-Gulung Mereka Berfungsi

Diterbitkan pada Feb 25, 2021 oleh .

Oppo menjadi pengeluar pertama di dunia yang menunjukkan prototaip peranti skrin boleh-gulung yang berfungsi kepada dunia. TCL mungkin yang terawal mengumumkannya tetapi ia tidak boleh dipegang. Di MWC Shanghai tahun ini, Oppo berkongsi lebih bayak maklumat bagaimana Oppo X 2021 yang dilengkapi skrin boleh-gulung berfungsi.

Dua buah motor digunakan untuk menarik dan menggulung semula skrin mengikut keperluan. Kedua-duanya bergerak serentak untuk memastikan skrin sentiasa tegang. Pada bahagian hujung terdapat silinder dengan diameter 6.8mm yang menurut Oppo adalah yang paling optimum untuk membolehkan skrin digulung tanpa meninggalkan lipatan.

Terdapat dua trek logam yang turut bergerak bersama skrin. Dengan trek ini skrin boleh ditekan tanpa ianya roboh ke bawah. Turut didedahkan ialah sebuah lagi lapisan logam nipis diletakkan pada bahagian bawah skrin untuk mengukuhkannya.

Sebelum ini Oppo berkata Oppo X 2021 hanyalah sekadar peranti prototaip yang belum bersedia untuk dijual. Tetapi dengan LG dan Samsung kedua-dua dijangka melancarkan peranti boleh-gulung mereka juga, Oppo mungkin perlu menjadikannya realiti dengan segera.


Paling Popular