Cari @ Amanz

Jika kita mengikuti perkembangan siri OPPO Reno sejak pelancarannya secara global pada tahun 2019, telah banyak perubahan, penambahan dan kemaskini fungsi yang kita dapat lihat pada siri Reno ini sama ada dari segi rekaan mahupun spesifikasinya. Menurut OPPO, siri Reno5 5G kali ini bukan sekadar memfokuskan kepada sokongan kamera sahaja, malah mereka juga telah memperkenalkan dua pilihan model, iaitu satu peranti kelas pertengahan, dan satu model lagi adalah telefon pintar dengan spesifikasi, rekabentuk dan prestasi peranti mercu. Ini sekaligus memberi anda peluang untuk memilih telefon pintar dengan harga yang mampu milik bergantung kepada spesifikasi yang anda inginkan.

Siri OPPO Reno5 5G ini dilancarkan dengan dua model di Malaysia, iaitu OPPO Reno5 5G, dan juga OPPO Reno5 Pro 5G yang mana kedua-duanya membawakan spesifikasi yang hampir sama, namun versi Pro menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding OPPO Reno5 5G. Kita mulakan dahulu dari segi rekaannya. OPPO Reno5 5G dibina dengan skrin bersaiz 6.4 inci AMOLED HDR, manakala OPPO Reno5 Pro 5G pula bersaiz 6.5 inci FHD+ Super AMOLED. Kerangka bagi Reno5 5G direka dengan penggunaan warna cerun yang cantik dan menggunakan kemasan pusam yang selesa untuk dipegang. Bagi Reno5 Pro 5G pula, ia menyertakan dua pilihan warna dan rekaan kerangka, iaitu Galactic Silver yang menggunakan direka dengan binaan Diamond Spectrum yang menampakkan panel belakang matte menjadi kemasan yang berkilauan, dan juga warna Starry Black dengan kemasan ringkas dan minimalis.

Dari segi spesifikasi, OPPO Reno5 5G merupakan peranti kelas pertengahan yaang dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, cip grafik Adreno 620, memori 8GB RAM bersama storan 128GB dan bateri berkapasiti 4300 mAh. Manakala bagi OPPO Reno5 Pro 5G pula adalah peranti mercu dan ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1000+ yang pertama di Malaysia, cip grafik Mali-G77 MC9, memori 12GB RAM bersama storan 256GB, dan bateri berkapasiti 4350 mAh yang disertakan sekali bersama pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Bagi sokongan sistem imbasan, Reno5 5G hadir dengan pengimbas cap jari, manakala Reno5 Pro 5G pula menyokong pengimbas cap jari dan juga imbasan wajah.

Siri OPPO Reno5 5G 5G ini juga menggunakan ColorOS 11.1 yang dibina berasaskan Android 11 yang terbaru. Melaluinya, ia memberikan paparan antaramuka yang lebih kemas dan dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar serta menyokong untuk membuat multi-tugasan. Menerusi ciri Flexdrop, anda dapat menggunakan pelbagai fungsi yang dapat memudahkan anda untuk meningkatkan produktiviti harian. Antara fungsi yang disediakan melalui ciri ini adalah memaparkan dua tetingkap dalam satu masa yang sama seperti di situasi dimana anda menerima mesej ketika anda menonton video di YouTube. Melalui fungsi ini, anda boleh mengaktifkan dua aplikasi dalam masa yang sama tanpa perlu menghentikan video untuk membalas mesej tersebut.

Ada juga fungsi Three-Finger Translate With Google Assistant Lens yang berfungsi untuk membuat penterjemahan sesuatu ayat secara langsung melalui tangkapan layar yang dibuat. Selain itu juga, terdapat fungsi keselamatan yang ditambah baik, seperti mengunci pengiraan peribadi di kalkulator dan mod permua yang telah dinaiktaraf. Tatalan juga menjadi lebih lancar melalui antaramuka ColorOS 11.1 ini. Dibantu pula oleh sokongan skrin siri OPPO Reno5 5G ini yang menyokong kadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhaan 180Hz, ia semestinya membantu untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Bercakap mengenai kamera pula, pelbagai mod penggambaran yang ada pada siri OPPO Reno5 5G kali ini. Memandangkan telefon pintar ini dilengkapi dengan gabungan lensa 64MP untuk rakaman utama, 8MP untuk sudut ultra lebar, 2MP untuk rakaman makro dan satu lagi lensa 2MP untuk mono, kesemua lensa ini mempunyai kelebihan rakamannya yang tersendiri. Dengan sokongan kamera ini, ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti dan menarik.

Lensa kameranya juga dibina dengan teknologi AI yang bertujuan untuk membuat pengecaman persekitaran secara automatik. Pelbagai fungsi menarik yang disertakan, namun pada siri OPPO Reno5 5G kali ini, pihak OPPO lebih mengutamakan kebolehan untuk menghasilkan rakaman video yang lebih menarik dan berkualiti. Antara fungsi rakaman video yang disertakan pada siri OPPO Reno5 5G kali ini adalah AI Highlight Video, Dual View Video, AI Beautification Video, Ultra Steady Video. 2.0, dan selepas semua rakaman diambil, boleh menyunting video-video ini menggunakan aplikasi SOLOOP. Bagi rakaman gambar pula, ia menyertakan sokongan AI Color Portrait, Ultra Clear 108MP Image, AI Scene Enhancement, Ultra Night Selfie Mode, Ultra Dark Mode dan juga Night Flare Portrait.

Banyak lagi fungsi yang ada pada siri OPPO Reno5 5G ini yang anda boleh gunakan. Namun apa yang dinyatakan disini adalah fungsi utamanya. Jelas ternyata bahawa walaupun pada asalnyaa telefon pintar ini memfokuskan kepada keupayaan kamera, namun pihak OPPO masih tetap menawarkan kemampuan hebat dari segi spesifikasi untuk kegunaan produktiviti dan professional. Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon pintar ini, anda boleh membelinya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia, pada harga bermula RM1,899 sehingga RM2,599. Bagi anda yang membuat pembelian siri OPPO Reno5 5G ini bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2021, anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri bernilai RM99 sehingga RM259 dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Setelah membeli siri OPPO Reno5 5G ini, ada lagi satu berita baik untuk anda kerana OPPO sedang mengadakan pertandingan yang akan berlangsung sehingga 31 Mac ini. Melalui pertandingan ini, ia memberi anda peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM8340 sekiranya anda menyertai pertandingan OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland Snap & Win. Dalam masa yang sama juga, ini adalah alternatif baru yang kreatif yang boleh kita jalankan di kehidupan norma yang serba baharu ini bagi merapatkan merapatkan lagi hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menyertai pertandingan ini.

Untuk menyertainya, anda perlu:

  1. Rakamkan gambar atau video menarik dengan berlatar belakangkan mural OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland yang terletak di No. 5, Jalan Balai Polis (Kwai. Chai Hong), Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun, perlu diingatkan bahawa anda perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  2. Muat naik rakaman gambar dan video tersebut ke akaun Instagram anda dengan tanda pagar #OPPOReno5Wonderland #PictureLifeTogether dan jangan lupa tag juga @oppomalaysia serta rakan-rakan anda yang lain.
  3. Pastikan akaun Instagram anda telah dilaraskan kepada tontonan awam.
  4. Terus mengikuti Instagram Stories OPPO untuk mengetahui adakah anda pemenangnya.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan, antara adalah OPPO Reno5 5G (2 unit), OPPO Watch 41mm (3 unit) dan OPPO Enco 51 (5 Unit). Sertai pertandingan ini sekarang sebelum ia berakhir pada 31 Mac 2021 ini dan ketahui siapakah pemenangnya pada 6 April 2021.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd