Cari @ Amanz

Samsung ialah pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada waktu ini walaupun jualan terjejas akibat pandemik. Tetapi dominasi pasaran mereka juga berlaku dalam dunia televisyen. Semalam Samsung mengumumkan mereka sekali lagi muncul sebagai pengeluar televisyen dengan pegangan pasara terbesar untuk tahun ke-15 berturut-turut.

Mereka menggunakan data yang dikeluarkan oleh Omdia yang meletakkan mereka dengan pegangan 31.9%. pasaran sepanjang 2020 jauh di hadapan LG (16.5%) dan Sony (9.1%). Lebih membanggakan buat Samsung ialah mereka memegang 45.4% pasaran televisyen premium berharga $2500 ke atas dan 50.8% pasaran televisyen bersaiz 80″ dan ke atas.

Dengan semakin ramai orang duduk di rumah akibat pandemik, permintaan ke atas televisyen meningkat. Sistem operasi Tizen yang digunakan pada televisyen pintar Samsung juga adalah yang paling banyak digunakan untuk menstrim kandungan sepanjang 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd