Cari @ Amanz

Kebelakangan ini, kami banyak melaporkan mengenai kemelut cip pemprosesan yang digunakan untuk menguasakan sejumlah besar peranti, dan kenderaan yang memerlukannya. Boleh dikatakan bahawa banyak syarikat teknologi terpaksa meminta bantuan daripada pembekal dari luar industri untuk mengekang kekurangan ini.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden baru-baru ini telah menandatangani arahan eksekutif untuk melihat kedalam mengapa kekurangan cip ini berlaku, dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki isu ini.

Arahan yang disenaraikan termasuklah penyenaraian industri-industri yang terkesan akibat isu ini dalam masa 100 hari, mencari penyelesaian untuk kemelut ini, dan juga cadangan untuk mengukuhkan rantaian bekalan cip-cip ini, khususnya untuk syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat dari industri automotif dan perubatan semuanya juga telah menulis kepada presiden Joe Biden mengatakan bahawa kekurangan cip pemprosesan ini membuatkan mereka tidak boleh membangunkan produk dan perkakasan yang diperlukan sekarang, khususnya apabila isu COVID-19 masih lagi menular dengan sangat teruk di negara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd