Cari @ Amanz

Shopee kini telah mula melakukan bancian dikalangan pengguna tempatan, bertanyakan berkenaan keselesaan pengguna menggunakan bank digital.

Melalui notifikasi yang dihantar kepada pengguna aplikasi Shopee di Malaysia, mereka bertanyakan sejumlah soalan berkaitan kewangan – menjurut kepada pelaksanaan bank digital.

Ini secara tidak langsung memberikan petanda yang mana Shopee mungkin akan memohon dalam mendapatkan lesen bank digital di Malaysia.

Pihak Shopee pada hari ini sedia menawarkan dompet digital untuk transaksi nirtunai, dan dengan mempunyai lesen bank digital akan membolehkan Shopee menawarkan perkhidmatan perbankan seperti penawaran pelaburan, insurans, takaful, simpanan – selain menawarkan kad fizikal untuk pengeluaran wang melalui ATM.

Buat masa ini, BNM mengatakan telah menerima lebih 40 permohonan untuk lesen bank digital, dan dijangka hanya lima akan menerimanya pada tahun 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd