Cari @ Amanz

Pasti pada masa ini, ramai orang sudah tahu yang ekosistem produk Xiaomi adalah besar. Mereka bukan sahaja ada telefon pintar, tetapi turut komputer, barangan elektrik rumah, peranti berhubung, televisyen, kipas, atau juga sistem sekuriti.

Xiaomi kali ini membawa masuk ke pasaran Malaysia, sistem kamera litar tertutup pintar baharu – Mi 360° Home Security Camera 2K.

Sistem kamera ini seperti yang tertera pada namanya, mempunyai kemampuan rakaman video beresolusi 2304 x 1296. Ia juga mempunyai sistem kecerdasan buatan, yang mana boleh mengesan pergerakan manusia. Kemudian, kamera ini menggunakan lensa dengan bukaan cahaya f/1.4 serta lensa jenis 6P. Seperti kebanyakan kamera pada kategori ini, ia mampu merakam video 360 darjah dan juga menegak 180 darjah melalui enjin dwi-motor yang terbina.

Bukan itu sahaja, ia juga sesuai digunakan di luar untuk pemantauan waktu malam, di mana mempunyai LED infra merah 940mm Invisible 940nm. Storan awan 7 hari percuma turut ditawarkan, dengan perlindungan sekuriti 128-bit AES.

Harga jualan kamera ini adalah RM189 sahaja. Dengan harga ini, anda bukan sahaja menerima kamera litar tertutup yang ringkas, asas dan mudah digunakan. Tetapi, turut boleh diselarikan dengan Mi Home untuk kawalan dari jarak jauh.Jualan juga bermula 13 Mac ini di Lazada dan Shopee rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd