Tahukah anda yang terdapat aplikasi pemantauan tidur berada di Google Play Store yang boleh memantau tidur anda tanpa sebarang penjejak kesihatan atau jam tangan pintar? Aplikasi sebegini sudah wujud lama, ia menggunakan sensor-sensor dan komponen terbina pada peranti pengguna untuk mendapatkan data tidur. Peranti boleh pakai, mempunyai data yang lebih jitu kerana ada pengimbas nadi dan sensor penting lain.
Aplikasi seperti ini boleh memantau tidur melalui sensor cahaya ambien, di mana ia boleh mengesan pergerakan atau mikrofon untuk mengesan bunyi berdengkur. Terkini, Google hadir dengan API baharu untuk memudahkan pembangun membangunkan aplikasi pemantauan tidur – Android Sleep API. Ini adalah sebahagian dari API Android Activity Recognition. API baharu Google ini membolehkan data tidur, fasa-fasa tidur, dengkuran dan banyak lagi diperoleh.
API ini akan menjana laporan sleep confidence yang mana data tidur setiap 10 minit. Kemudian laporan tidur harian untuk notifikasi setiap bangun pagi. Kemudian API ini juga memfokuskan kepada penggunaan kuasa yang ringan, agar bateri peranti lebih jimat. Paling penting, sistem kecerdasan buatan yang terbina dalam API ini akan menggunakan cip dari peranti untuk beroperasi.