Cari @ Amanz

Redmi K40 telah dilancarkan malam semalam dengan pemproses Snapdragon 870, skrin 120Hz dan kamera 48MP. Ia turut dilancarkan serentak dengan K40 Pro dan K40 Pro+ yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. Tetapi apabila dilancarkan di pasaran global kelak, Redmi K40 mungkin akan dijual sebagai peranti Poco.

Peranti dengan nombor model M2012K11AG telah melepasi laman IMDA di Singapura. Walaupun M2012K11AG ialah nombor model untuk Redmi K40, ia disenaraikan sebagai peranti Poco pada laman tersebut. Ini bukanlah perkara yang ganjil kerana sudah beberapa kali peranti Xiaomi, Poco dan Redmi dijenamakan semula apabila dipasarkan di negara berbeza.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd