Redmi Max Dilancarkan Di China – Televisyen Pintar 86-Inci, 120Hz, HDMI 2.1, Dolby Vision/Atmos Yang Berharga Sekitar RM5000

Redmi Max Dilancarkan Di China – Televisyen Pintar 86-Inci, 120Hz, HDMI 2.1, Dolby Vision/Atmos Yang Berharga Sekitar RM5000

Diterbitkan pada Feb 26, 2021 oleh .

Redmi sudah pun memasuki pasaran televisyen pintar melalui siri Redmi. Baru-baru ini, Redmi mengembangkan lagi siri televisyen pintar mereka melalui Redmi Max.

Redmi Max menggunakan skrin 86-inci LCD jenis LED-backlit, beresolusi 3840 × 2160, menyokong kadar segar semula 120Hz adaptif, warna 10-bit, boleh memaparkan kandungan HDR, HDR10, HDR10+, Dolby Vision dan banyak lagi. Ia juga mempunyai sudut pandanghan 178 darjah. Untuk cip pemprosesan, televisyen ini dijana dengan cip ARM Cortex-A73, GPU ARM Mali-G52 dan dipadankan dengan memori 2GB RAM serta storan dalaman 32GB.

Untuk sistem operasi, ia menjalankan MIUI for TV 3.0 yang turut mempunyai integrasi Xiao Ai. Untuk port sambungan ia mempunyai 2x USB-A, AV, ATV/DTMB, S/PDIF, Ethernet, dan 3x HDMI (1x HDMI 2.1). Televisyen ini juga mempunyai sokongan ALLM (Auto Low Latency Mode) yang sesuai untuk digunakan bersama PlayStation 5 dan Xbox Series X. Untuk pembesar suara, ia mempunyai dwi 12.5mm pemacu dengan kuasa 25W dan menyokong Dolby Atmos.

Harga jualan televisyen ini adalah bermula dari RMB7,999, yang mana adalah sekitar RM5,000. Ia hanya dijual di China buat masa ini.


Paling Popular