Cari @ Amanz

Huawei kini dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik dibawah jenama mereka tersendiri, seawal tahun ini.

Langkah ini akan mengalih fokus Huawei daripada arena telefon pintar yang terkesan halangan dagangan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Ia dilaporkan Huawei sedang dalam perbincangan beberapa syarikat pengeluar kenderaan – untuk menggunakan bahagian pengeluaran mereka dalam menghasilkan kereta elektrik tersendiri.

Sebelum ini, Huawei sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk menghasilkan teknologi yang digunakan dalam kereta. Tetapi peralihan ini adalah berbeza, dan akan membolehkan Huawei memperkenalkan jenama kereta Huawei tersendiri.

Menurut Reuters dan Bloomberg, Huawei telah menidakkan perancangan menghasilkan kenderaan berjenama Huawei buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd