Samsung Galaxy A32 4G Dilancarkan Dengan Cip Helio G80 Dan Skrin AMOLED 90Hz

Diterbitkan pada Feb 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy A32 4G dilancarkan di Rusia hari ini dengan cip MediaTek Helio G80. Ia hadir hanya beberapa minggu selepas Galaxy A32 5G dengan cip MediaTek Dimensity 720 dilancarkan.

Dari segi spesifikasi ada beberapa perubahan yang dilakukan yang menjadikannya peranti yang lebih baik berbanding versi 5G. Pertama sekali skrin SAMOLED 6.4″ yang digunakan menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip Mediatek Helio G80 dipadankan pula dengan 4GB RAM, storan sehingga 128GB (1TB mikro SD) dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 15W. Pada model 5G, skrin LCD 6.5″ sekadar menyokong HD+ dan 60Hz.

Spesifikasi kamera pula ialah 64+8+5+5 MP dan kamera swafoto pula sebesar 20MP. Sekali lagi kamera utama dan swafoto yang lebih besar digunakan pada versi 4G. Tak berakhir di sini, pengimbas cap jari dalam skrin turut disertakan berbanding pengimbas pada bahagian sisi.

Di Rusia peranti ditawarkan pada harga RUB 19,990 (~RM1082) untuk storan 64GB dan RUB 21,990 (~RM1195) untuk storan 128GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami