Carian
MyHeritage Menawarkan Perkhidmatan Animasi Dan Mewarnakan Foto Nenek Moyang Anda
February 27, 2021 Effi Saharudin

Gambar paling tua dalam pegangan saya ialah gambar moyang yang diambil sekitar 1930. Semasa nenek masih hidup, saya kerap bertanya mengenai moyang. Datang dari mana, bagaimana perwatakannya, suaranya sedap dan apakah hobinya. Semua dalam bentuk audio dan kepala perlu kreatif untuk berimaginasi bagaimana insan yang gambarnya statik dalam tangan ini pernah hidup 70 tahun yang lalu.

https://youtube.com/watch?v=RVDu_u_a578%3Fstart%3D817

Laman MyHeritage kini menawarkan satu perkhidmatan yang tidak memerlukan anda berimaginasi bagaimana agaknya nenek moyang bergerak suatu ketika dahulu. Dengan menggunakan kecerdasan buatan Deep Nostalgia, imej statik akan digerakkan menerusi sistem animasi automatik. Nenek moyang akan tersenyum dan melihat sekeliling seakan hidup mengingatkan kami kepada lukisan dari filem Harry Potter.

Selain animasi, MyHeritage juga menawarkan perkhidmatan mewarnakan, mengembalikan warna asal dan meninggikan resolusi gambar yang dimuat naik selain menjejak susur galur keluarga. MyHeritage kini menawarkan perkhidmatan percuma selama 14 hari sebelum pelangan perlu membayar langganan $7.88 (~RM32) sebulan.

Komen