Cari @ Amanz

Minggu lalu vaksin dari Pfizer-BioNTech tiba ke negara sebelum mula disuntik kepada penerima barisan awal pada 24 Februari lalu. Hari ini tiba giliran vaksin CoronaVac keluaran firma Sinovac pula tiba ke tanah air jam 9 pagi di dalam pesawat Airbus A330-300 MH319 dari Beijing, China.

Sebanyak 200 liter vaksin CoronaVac tiba ke tanah air sebelum dihantar ke prasarana Pharmaniaga untuk dibotolkan. Di sana Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) akan memantau proses pembotolan bagi memastikan ia memenuhi piawaian sebelum membenarkan ia digunakan sebagai vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Tidak seperti vaksin Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac dihantar dalam jumlah yang besar dan tidak dalam botol-botol kecil yang sedia digunakan.

Selain vaskin keluaran Pfizer-BioNTech dan Sinovac, Malaysia turut akan menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford, CanSinoBIO dan Sputnik V. Kesemua vaksin telah dibuktikan mampu mengelakkan jangkitan Covid-19 dengan keberkesanan mencecah 95%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd