Cari @ Amanz

Apple kini telah mengemaskini statistik penggunaan sistem operasi iOS 14 mereka, sekaligus memperlihatkan majoriti besar pengguna seluruh dunia telah menaik-taraf ke sistem operasi terbaru ini.

Menurut statistik yang dikongsikan, sekitar 86% yang diperkenalkan sejak 4 tahun lepas telah dinaik-taraf kepada iOS 14, dan sekitar 12% lagi menggunakan iOS 13.

Secara keseluruhan, sekitar 80% peranti iPhone dipasaran yang aktif sedang menggunakan iOS 14.

Untuk iPad pula, sekitar 84% iPad yang diperkenalkan sekitar 4 tahun lepas telah dinaik-taraf kepada sistem operasi iPadOS 14. Secara keseluruhan pula, sekitar 70% daripada semua iPad sedang menggunakan iPadOS 14 yang terkini.

Angka ini dikongsikan oleh Apple dalam memudahkan pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka.

Daripada angka yang dikeluarkan, ia sekaligus memperlihatkan ramai yang telah dinaik-taraf kepada sistem operasi terbaru, berbanding platform operasi lain yang masih menghadapi cabaran dalam menaik-taraf pengguna peranti masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd