Cari @ Amanz

Samsung Galaxy M62 merupakan peranti terkini daripada Samsung di bawah siri Galaxy M untuk pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, Samsung Galaxy M62 ditawarkan pada harga RM1,999 dan boleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu Blue atau Black. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi RM1,599 pada 3 Mac 2021 – promosi ini bagaimanapun terhad untuk pembelian pada jualan pertama sahaja.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy M62 menggunakan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia juga dilengkapi cip Exynos 9825, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 7000mAh bersama pengecasan 25W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 12-Megapixel (Ultra-lebar) + 5-Megapixel (Makro) + 5-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar dengan bateri bersaiz besar ini melalui Lazada bermula 3 Mac ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd