Carian
LastPass Untuk Android Didapati Mempunyai Tujuh Penjejak Terbina
February 28, 2021 Effi Saharudin

Aplikasi LastPaLastPass Akan Hadkan Penggunaan Akaun Percuma Kepada Hanya Satu Jenis Peranti Bermula 16 Macss digunakan untuk memudahkan pengurusan pelbagai maklumat log masuk akaun milik peribadi. Dalam dunia dimana kita dinasihatkan untuk tidak mengitar semula kata laluan, adalah hampir mustahil untuk mengingati puluhan kata laluan yang mungkin digunakan.

Tetapi Exodus, sebuah firma sekuriti mendapati aplikasi LastPass untuk Android mempunyai tujuh penjejak terbina. Empat daripadanya adalah dari Goole dan tiga lagi dari AppsFlyer, MixPanel dan Segment. Dengan maklumat pengguna seperti maklumat peranti, syarikat telko yang digunakan, identiti Google Advertising dan jenis akaun yang dijejak proses pengiklanan yang bersasar dalam dilakukan ke atas pengguna.

LastPass berkata kesemua maklumat pengguna yang dikumpul adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan maklumat sensitif tidak dijual. Pengguna masih boleh memilih untuk data mereka tidak digunakan semasa aplikasi dipasang.

Komen