Carian
Caltex Menawarkan Pulangan RM8 Untuk Bayaran Minima RM30 Melalui ShopeePay
March 1, 2021 Aman

Salah satu kelebihan menggunakan dompet digital adalah pulangan tunai dan diskaun yang ditawarkan melaluinya.

Terbaru, untuk bulan Mac 2021 ini, pihak Caltex Malaysia dan juga ShopeePay menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 untuk belanja minima RM30 untuk isian petrol di Caltex.

Dengan langkah ini, selain ia mengalakkan pengguna menggunakan transaksi nirtunai, pada masa yang sama pengguna turut boleh menikmati pulangan dan penjimatan ketika mengisi minyak di Caltex.

Penawaran ini terhad kepada dua pulangan untuk setiap pengguna, dan sehingga RM500,000 ditebus melaluinya.

Komen