Oppo Find X3 Akan Dilancarkan Pada 11 Mac Ini

Oppo Find X3 Akan Dilancarkan Pada 11 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2021 oleh .

Oppo Find X3 ialah peranti mercu yang pastinya dinantikan ramai peminat Oppo di Malaysia. Ia disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Mac hadapan menerusi akaun-akaun media sosial rasmi Oppo.

Peranti ini akan hadir dalam beberapa versi dengan versi mercu dijana cip Snapdragon 888 dan sistem kuda-kamera yang diletakkan dalam sebuah bonggol yang agak besar. Lensa lensa dikhabarkan menggunakan sensor 50MP untuk sudut lebar dan ultra sudut lebar. Sebuah sensor 13MP dipadankan pula dengan sistem telefoto dan 3MP untuk mengesan kedalaman.


Paling Popular