Realme Malaysia kini telah mengumumkan bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia dibawah siri Realme C, iaitu Realme C21.
Realme C21 ini bakal hadir dengan skrin 6.5-inci bertakuk, dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W, selain tri-kamera pada bahagian belakang.
Seperti siri C sebelum ini, Realme C21 dijangka mengekalkan harga kompetitif melaluinya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 Mac ini untuk mengetahui lanjut berkaitan telefon pintar terbaru Realme ini.