Cari @ Amanz

Dua tahun lepas, jam tangan pintar Android Wear popular iaitu Moto 360 dikembalikan. Dengan penggunaan nama yang sama, rekaan sedikit berlainan – versi baru menjalankan Wear OS dan dijual pada harga yang boleh diterima. Cuma, jam tangan pintar ini bukan dari Motorola. Sebuah syarikat dari China, eBuyNow telah mempunyai hak untuk menggunakan nama jam tangan pintar Moto.

eBuyNow kini sedang dalam proses bergabung dengan syarikat CE Brands, Inc. Dalam satu pembentangan pelabur, ia memperlihatkan pada bulan Jun dan Julai tahun 2021 – mereka akan hadir dengan tiga jam tangan pintar jenama Moto. Pada bulan Jun, Moto G Smartwatch akan diperkenalkan.

Nama Moto G adalah nama untuk siri peranti kelas pertengahan mampu milik Motorola, jadi jam ini mungkin adalah jam Wear OS kelas pertengahan seperti TicWatch C/E/S atau boleh jadi jam tangan pintar asas. Kemudian pada bulan Julai, Moto Watch dan Moto One pula akan dilancarkan.

Berdasarkan nama, boleh jadi dua jam ini adalah jam yang menjadi fokus utama mereka. Moto Watch mungkin versi mercu dan One adalah Moto G yang lebih premium atau Moto Watch dengan spesifikasi yang lebih rendah. Moto Watch dilihat akan menggunakan rekaan segi empat, Moto G dan Moto One pula menggunakan skrin bulat.

Buat masa ini tiada butiran lain mengenai spesifikasi, tarikh pelancaran atau pasaran jualan jam ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd