Sony Dilaporkan Akan Melancarkan Sensor Kamera 1-Inci Pertama Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mac 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sensor pada telefon pintar mempunyai saiz fizikal yang lebih kecil jika dibandingkan dengan yang digunakan pada kamera digital. Oleh sebab itu saiz fizikal sensor kamera telefon pintar semakin besar selari dengan saiz megapixelnya. Kini menurut peniris maklumat @RODENT950 dari China, Sony akan melancarkan sensor kamera telefon pintar pertama dunia sebesar 1-inci pada April hadapan.

Sensor ini kelak akan menggunakan nama IMX 800 dengan Huawei P50 menjadi peranti pertama menggunakannya. Pada waktu ini Huawei ialah syarikat yang menggunakan sensor terbesar pada telefon pintar. Dengan saiz fizikal lebih besar, lebih banyak cahaya dalam ditangkap untuk gambar yang lebih tajam, terang dan berprestasi baik dalam situasi pencahayaan yang kurang memuaskan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami