Kamera Konsep Canon Mengingatkan Pekerja Untuk Membetulkan Postur Dan Berdiri

Diterbitkan pada Mac 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bekerja di hadapan komputer sepanjang hari adalah tidak elok untuk kesihatan. Oleh itu anda disarankan untuk berdiri setiap beberapa jam dan mengekalkan postur yang baik. Tetapi berapa ramai yang melakukannya di pejabat? Canon minggu lalu memperlihatkan sebuah kamera konsep yang diberi nama Posture Fit.

Posture Fit bukanlah kamera yang boleh digunakan untuk sesi telesidang atau kamera litar tertutup. Sebaliknya ia hanya memantau postur tubuh badan pekerja sebaik sahaja mereka duduk di hadapan Posture Fit. Jika postur tubuh yang tidak baik dikesan, Posture Fit akan bergerak-gerak sebagai amaran. Perkara yang sama dilakukan untuk mengingatkan pengguna untuk berdiri setiap beberapa jam.

Di akhir waktu bekerja, pengguna boleh melihat sendiri data peribadi mengenai postur tubuh serta berapa lama mereka duduk. Aplikasi telefon pintar kemudian memberikan saranan senaman yang boleh dilakukan bagi memastikan postur tubuh terjaga.

Posture Fit ialah sebuah lagi projek yang setakat ini hanyalah sekadar konsep. Sebelum ini Canon PowerShot Zoom turut bermula sebagai konsep tetapi akan ditawarkan di Malaysia pada April hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami