Cari @ Amanz

Rancangan Malaysia ialah pelan ekonomi dengan jangkamasa 5 tahun dimana kerajaan akan memfokuskan kepada membangunkan sejumlah industri untuk memastikan negara ini berdaya-saing dengan negara-negara lain.

Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperlihatkan sejumlah pelan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 yang memperlihatkan fokus kepada sejumlah industri seperti aeroangkasa, pertanian pintar, biojisim, pengilangan komponen dan perkakasan elektrik dan elektronik dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, pelaburan dalam sektor teknologi juga akan dilakukan untuk menjadikan negara sebagai salah satu daripada pembekal dan pembangun teknologi terkemuka di rantau ini.

Selain daripada itu, kerajaan juga dijangka akan melaburkan wang kedalam sektor perniagaan mikro, kecil dan sederhana tempatan, bersama-sama dengan industri di Sabah dan Sarawak untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi negara.

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai Rancangan Malaysia Ke-12, anda boleh membaca garis panduan pelan tersebut di sini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd