Kereta Ini Cuba Menjadi Yang Pertama Mencecah Kelajuan 1000 Batu Sejam

Diterbitkan pada Mac 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dari awal penciptaannya sudah ada golongan yang ingin mencipta kereta yang paling panta di dunia. Pemegang rekod pertama kereta terpantas dunia dipegang oleh Jeantaud Duc pada tahun 1898 dengan kelajuan 63.15 km/j. Rekod kenderaan darat terpantas kini dipegang oleh ThrustSSC yang mencatatkan kelajuan 1223.657 km/j pada tahun 1997. Selepas hampir 25 tahun bertahan, rekod ini cuba dipecahkan oleh Aussie Invader.

Aussie Invader turut ingin menjadi kereta pertama dalam sejarah mencecah kelajuan 1000 b/j (~1600 km/j). Ini bukan percubaan pertama Aussie Invader untuk mencatatkan rekod dunia. Sebelum ini ia bersaing dengan ThrusSSC tetapi kesemua percubaan gagal. Untuk interasi terkini, Aussie Invader akan menggunakan enjin jet yang direka khas untuknya dan bukan mengitar semula enjin pesawat pejuang. ThrustSSC misalnya mengitar semula dua enjin turbojet F-4 Phantom II.

Pasukan di sebalik Aussie Invader menyasarkan tahun 2022 sebagai tahun rekod ThrustSSC akan dipecahkan. Walaupun kami mengatakan Aussie Invader ialah “kereta” rekaannya berbeza dengan kereta konvensional. Tubuhnya lebih menyerupai roket dan ketiga-tiga tayar diperbuat daripada aluminium yang mahu menahan daya putaran yang tinggi pada kelajuan ekstrem.

Mereka mempunyai peluang yang baik untuk memecahkan rekod kerana dua pasukan lain yang turut ingin melakukan percubaan yang sama telahpun bankrap dan satu lagi musnah dalam kemalangan yang meragut bekas hos siri Mythbusters Jessi Combs.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami