Sony PlayStation 5 Boleh Dibeli Melalui Shopee Bersempena 3.3 – Harga Bermula RM1869

Sony PlayStation 5 Boleh Dibeli Melalui Shopee Bersempena 3.3 – Harga Bermula RM1869

Diterbitkan pada Mac 1, 2021 oleh .

Shopee kini mengumumkan para pengguna boleh mendapatkan konsol terbaru PlayStation 5 secara terhad melalui pengedar Sony di platform Shopee pada 3 Mac 2021 ini bersempena jualan 3.3.

Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan PlayStation 5 versi digital pada harga RM1869 atau PlayStation 5 versi Blu-ray pada harga RM2299.

Apa pun, pihak Shopee mengingatkan penawaran konsol ini adalah dalam bilangan kuantiti yang terhad, dan boleh dibeli bermula 12 tengah malam.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan konsol ini pada harga rasmi melalui kedai Sony di Shopee pada 3.3 ini.

Beli : Sony PlayStation 5 di Shopee


Paling Popular