Huawei App Gallery Kini Mempunyai 530 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Mac 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas berubah sepenuhnya kepada Huawei Mobile Services (HMS) dua tahun lalu, App Gallery ialah gedung utama yang digunakan pengguna peranti Huawei untuk memuat turun aplikasi.

Huawei kini mengumumkan App Gallery kini mempunyai 530 juta pengguna aktif bulanan dengan 120,000 aplikasi mengintegrasikan sistem HMS. App Gallery boleh diakses pengguna dari 170 negara. Pada waktu ini 42 negara telah mencatatkan lebih sejuta pengguna aktif bulanan.

Jumlah pembangun juga meningkat 77% ke 2.3 juta dengan lebih 300,000 adalah dari luar China. Sejak setahun lalu juga jumlah permua turut meningkat 500% peratus dengan permua popular seperti AFK Arena, Asphalt 9: Legends dan Clash of King kini ditawarkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami