Siri Samsung Galaxy A – Premium Dari Segi Rekaan Dan Kamera, Berbaloi Dari Segi Harga?

Siri Samsung Galaxy A – Premium Dari Segi Rekaan Dan Kamera, Berbaloi Dari Segi Harga?

Diterbitkan pada Mac 9, 2021 oleh .

Terdapat pelbagai jenis pengguna telefon pintar. Ada yang gunakan untuk produktiviti, ada yang gunakan untuk fotografi, permua yang ringan dan sebagainya. Oleh kerana ada pengguna  yang cuma mementingkan sesuatu fungsi yang dapat memenuhi keperluan mereka, fungsi lain mungkin tidak perlu yang terbaik kerana mereka akan jarang menggunakannya. Sebagai contoh, seorang pemain permua mungkin tidak memerlukan kamera yang terbaik, kerana dia hanya memementingkan cip pemproses yang laju dan kapasiti bateri besar. Jadi, sokongan kamera yang sekadar baik sahaja sudah mencukupi untuknya. Oleh sebab itulah, wujudnya telefon pintar daripada kelas pertengahan yang mana pada kebiasaannya, telefon pintar daripada kelas ini akan menggabungkan fungsi-fungsi premium dengan beberapa fungsi biasa lain bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki telefon pintar pada harga yang lebih mampu milik mengikut kesesuaian penggunaan. Ini jelas bahawa ia adalah antara sebab mengapa Samsung hadir dengan telefon pintar dibawah siri Galaxy A, iaitu peranti daripada kelas pertengahan yang dipasarkan pada harga yang lebih mesra bajet.

Jika tahun lalu, siri Galaxy A ini popular dengan pelancaran model Galaxy A51 dan A71, kini Samsung dikatakan akan membawa masuk model seterusnya bagi siri ini iaitu Samsung Galaxy A52 dan juga Galaxy A72 ke pasaran global tidak lama lagi. Seperti namanya, telefon pintar Galaxy A52 dan A72 ini tentunya mempunyai persamaan dengan Galaxy A51 dan A71 yang terdahulu. Namun kami pasti bahawa bagi keluaran tahun ini, Galaxy A52 dan A72 mempunyai kemaskini dari segi spesifikasinya yang sendiri.

Kita mulakan dari segi reka bentuk kedua-dua peranti ini. Jika kita mengikuti corak pelancaran siri Galaxy A yang sebelum ini, dan juga maklumat tertiris yang dikongsikan melalui laman web Android Authority, Galaxy A52 dan A72 ini bakal hadir dengan saiz yang lebih kurang sama. Bagi Galaxy A52, ia dikatakan dibina dengan rekaan skrin bersaiz 6.5 inci Super AMOLED, manakala Galaxy A72 pula bakal hadir dengan skrin yang sedikit besar iaitu bersaiz 6.7 inci Super AMOLED. Binaanya pula, kami menjangkakan masih lagi sama seperti Galaxy A51 dan A71 yang lalu, dimana telefon pintar ini bakal hadir dengan binaan kaca dan plastik pada kerangka belakang telefon pintar ini.

Sokongan kamera juga memainkan peranan yang penting kepada sebuah telefon pintar masa kini. Melalui sokongan kamera yang baik pada sesebuah telefon pintar, anda tidak perlu lagi untuk membawa kamera digital yang berasingan. Ini sekaligus memudahkan lagi anda untuk hanya membawa satu telefon yang kompak dengan pelbagai fungsi menarik. Ini membolehkan anda untuk sentiasa sedia merakamkan detik-detik menarik dengan lebih jelas dan cantik di mana sahaja anda berada. Samsung merupakan antara jenama peranti yang mampu untuk menawarkan rakaman gambar yang menarik dan jitu. Sekiranya anda mengikuti perkembangan teknologi yang Samsung telah bawakan, tentunya anda tahu keupayaan rakaman gambar yang mereka tawarkan pada setiap telefon pintar mereka.

Jika sebelum ini, Samsung menyertakan kuad kamera untuk rakaman utama bersama lensa swafoto dengan sensor 32MP pada Galaxy A51 dan A71, kami menjangkakan bahawa pihak Samsung masih lagi mengekalkan ciri ini. Tetapi sensor pada kamera kuad Galaxy A52 dan A72 mungkin akan dipertingkatkan. Daripada pemerhatian tentang corak pelancaran produk Samsung untuk siri Galaxy A ini, kami rasakan bahawa Galaxy A52 dan A72 akan berbeza dari segi sokongan rakamannya. Maksudnya disini, walaupun kedua-duanya menyokong kamera kuad untuk rakaman utama, tetapi sensor yang disertakan mungkin akan berbeza untuk memberi lebih fleksibiliti pada mereka yang mungkin memerlukan keupayaan yang sedikit berlainan. 

Jika benar andaian kami mengenai rekaan Samsung Galaxy A52 dan A72 ini, secara keseluruhan, kedua-dua telefon pintar ini sepatutnya mempunyai keupayaan kamera dan reka bentuk yang hampir sama. Dan jika dilihat dengan sekali pandang, kita hanya boleh bezakan kedua-dua peranti ini dari segi saiznya sahaja untuk menentukan yang mana satu Galaxy A52 dan yang mana satu adalah Galaxy A72. Jadi, apakah pendapat anda? Adakah anda rasakan andaian kami ini dan dan maklumat yang tertiris dari laman web Android Authority ini benar ? Dan sekiranya benar, adakah rekaan dan sokongan kamera kedua-dua peranti ini cukup premium untuk sebuah telefon pintar mampu milik? Namun buat masa ini, telefon pintar ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Jadi sekiranya anda berminat untuk memiliki salah satu diantara dua model ini, teruskan mengikuti kemaskini dari pihak Samsung Malaysia.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut Siri Galaxy A

Penafian: Advertorial Daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN