Cari @ Amanz

Bulan Ramadan bakal tiba dalam masa kira-kira enam minggu sahaja lagi, dan secara lazimnya pada bulan tersebut, selain daripada berpuasa dari subuh hingga maghrib, kita juga akan menambahkan ibadah di waktu malam.

Terkini, aplikasi MuslimPro mengumumkan bahawa mereka kini hadir dengan kempen 100 Days To Ramadan yang bertujuan untuk bukan sahaja memotivasikan umat Islam untuk beribadah menjelang bulan Ramadan ini, tetapi juga untuk memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang hadir pada aplikasi tersebut.

Pertama ialah ciri penjejakan zikir ataupun tasbih dalam aplikasi. Pengguna kini boleh menggunakan Muslim Pro untuk menetapkan dan menjejak bacaan zikir mereka dengan tepat. Aplikasi zikir ini juga hadir dengan audio bacaan zikir yang boleh diikuti pengguna dengan tepat.

Kedua pula ialah ciri terjemahan Al-Qur’an didalam aplikasi. Setiap pembacaan ayat Al-Qur’an akan disertakan dengan terjemahan, dan Muslim Pro memperlihatkan sejumlah terjemahan yang boleh diikuti berdasarkan keinginan.

Diantara ciri-ciri lain yang hadir pada aplikasi ini termasuklah kompas kiblat, waktu solat, panduan masjid dan restoran halal, pengiraan zakat dan lain-lain.

Aplikasi Muslim Pro sebelum ini terlibat dengan isu penjualan data pengguna mereka kepada kerajaan Perancis, tetapi sejak itu telah memperbaiki aplikasi mereka, dan telah membatalkan kerjasama mereka dengan sejumlah syarikat perkongsian data, termasuk X-Mode.

Aplikasi Muslim Pro boleh dimuat-turun dan dikemaskini melalui platform Android, iOS dan juga KaiOS hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd