Kamera Utama Samsung Galaxy S21 Ultra 5G Menerima Skor Sebanyak 121 Mata Dalam Ujian DxOMark

Diterbitkan pada Mac 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G telah dilancarkan sekitar Januari lalu dan ia dijual di Malaysia pada harga RM5,299. Ia merupakan peranti mercu daripada Samsung dengan cip 5nm dan mempunyai sejumlah lagi spesifikasi menarik lain – termasuk sistem kuad kamera dengan sensor utama 108-Megapixel. Terkini, DxoMark telah berkongsi laporan untuk keupayaan kamera utamanya dan ia dilihat merangkul sebanyak 121 mata untuk jumlah keseluruhan.

Melalui kutipan markah ini, Samsung Galaxy S21 mencatatkan sebanyak 128 mata untuk keupayaan kamera. Kemudian, 76 mata pula untuk keupayaan zum dan 98 mata untuk keupayaan video. Ia juga sekaligus memposisikannya setanding dengan Huawei Mate 30 Pro. Namun, berada dibelakang iPhone 12 Mini dan iPhone 12.

Pujian diberikan kepada julat dinamik yang agak luas dan kontras yang baik. Bukan itu sahaja, malah fungsi autofokus juga pantas dan sistem imbangan putih dikatakan konsisten. Seterusnya, kemampuan zum juga agak memuaskan.

Kritikan pula diberikan kepada masalah hingar yang ketara dalam hampir kesemua keadaan. Kemudian, kemampuan mengambil gambar yang sedikit perlahan – terutamanya untuk situasi pencahayaan rendah. Tidak ketinggalan, penstabilan video yang kurang efektif.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami