Pek Bateri MagSafe Dilaporkan Akan Menyokong Pengecasan Berbalik

Pek Bateri MagSafe Dilaporkan Akan Menyokong Pengecasan Berbalik

Diterbitkan pada Mac 2, 2021 oleh .

Apple akan mengeluarkan pek bateri tambahan untuk iPhone yang menyokong format MagSafe. Pelbagai spekulasi mengenai saiz dan ciri yang bakal disokong tetapi Jon Prosser yang kerap meniriskan maklumat mengenai Apple mengatakan ia akan menyokong satu ciri yang dipinjam dari peranti Android.

Menurut beliau dua pek akan dilancarkan oleh Apple dengan salah satunya akan mempunyai ciri tambahan menyokong sokongan berbalik. Dengan ini ia bukan sahaja boleh mengecas iPhone 12 Pro Max secara nirwayar tetapi juga sebuah lagi aksesori tambahan (seperti AirPods) secara serentak.

Bilakah pek bateri ini akan dilancarkan masih lagi misteri. Tetapi jika anda tidak mahu menunggu lebih lama, Anker adalah antara pengeluar yang telah melancarkannya sistem MagSafe yang sama beberapa minggu yang lalu.


Paling Popular