Prototaip Pertama KAI KF-X Akan Dipertontonkan Penghujung April

Prototaip Pertama KAI KF-X Akan Dipertontonkan Penghujung April

Diterbitkan pada Mac 2, 2021 oleh .

Pesawat tempur KAI KF-X bakal menjadi tunjang kepada angkatan udara Republik Korea Selatan. Prototaip pesawat tempur generasi ke-4.5 kini bersedia untuk dipertontonkan buat pertama kali pada penghujung April 2021.

Ia adalah salah satu dari enam yang kini dalam proses pemasangan akhir di kilang Korea Aerospace Industries (KAI) yang terletak di Sacheon. Dengan prototaip-prototaip hampir siap dipasang, KAI kini yakin akan dapat memenuhi sasaran penerbangan ujian pertama dilakukan pada tahun 2022.

Projek yang dimulakan pada tahun 2010 ini menelan belanja 8.8 trilion Won (~RM32 bilion) dengan kerjasama dari Indonesia. Tetapi seperti yang dilaporkan pada bulan lalu, Indonesia dipercayai sedang memikirkan semula penglibatan mereka dalam projek yang menelan belanja yang tinggi ini. Penarikan diri dari projek belum diumumkan secara rasmi tetapi Indonesia dilihat lebih berminat membeli Dassault Rafale yang telahpun beroperasi sejak 2001.

Projek KAI KF-X (Korean Fighter Experimental) adalah penting kepada Korea Selatan bagi mengurangkan pergantungan kepada teknologi ketenteraan yang diiimport. Sehingga 65% komponen yang digunakan adalah buatan dan dibangunkan oleh firma tempatan.


Paling Popular