Greenliant Memperkenalkan Storan MicroSD Dengan Kapasiti Sebesar 1TB

Greenliant Memperkenalkan Storan MicroSD Dengan Kapasiti Sebesar 1TB

Diterbitkan pada Mac 2, 2021 oleh .

Kemajuan teknologi membolehkan lebih banyak aksesori storan hadir dengan kapasiti besar yang mampu orang ramai memuatkan lebih banyak data didalam rekaan yang kecil.

Terkini, Greenliant, sebuah jenama storan digital telah memperkenalkan sebuah storan MicroSD dibawah model ArmourDrive mereka yang biasanya memfokuskan terhadap penggunaan industrial.

Storan MicroSD ArmourDrive terbaru ini hadir dengan pilihan storan 256GB sehingga 1TB dan menggunakan cip storan QLC yang bukan sahaja mampu memuatkan jumlah storan besar dalam saiz kecil, tetapi juga mempunyai prestasi yang cukup baik dengan kadar pembacaan data 100MB/s dan kadar penulisan data 30MB/s.

Storan kecil seperti ini lazimnya digunakan didalam sejumlah perkakasan termasuklah CCTV, kamera kereta, kamera badan, kelengkapan perubata, peranti berhubung dan sebagainya.

Storan Greenliant ArmourDrive terbaru ini dilaporkan sedang diuji, dan bakal hadir di pasaran-pasaran terpilih bermula bulan April kelak.


Paling Popular