Carian
WhatsApp Kini Membolehkan Anda Menghantar Video Dengan Membuang Suaranya
March 2, 2021 Aman

WhatsApp pada tahun lepas telah mula menguji ciri membisukan sesuatu video sebelum berkongsi dengan pengguna lain. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna berkongsi video yang mempunyai audio latar yang sangat bising atau menganggu, atau audio yang tidak penting untuk rujukan.

Selepas melalui fasa ujian, kini ciri berkenaan dilihat telah tersedia kepada semua pengguna.

Bagi pengguna WhatsApp, anda kini boleh mengemaskini aplikasi anda dan menggunakan ciri ini. Untuk membuang audio dan membisukan sesuatu video, anda hanya perlu tap pada ikon audio pada ruangan penyuntingan sebelum menghantar sesuatu video berkenaan.

Komen