Carian
Redmi K40 Sah Akan Dipasarkan Sebagai Poco F3 Untuk Pasaran Global
March 2, 2021 Effi Saharudin

Minggu lalu apabila siri Redmi K40 dilancarkan ramai di kalangan pembaca teruja kerana peranti ditawarkan pada harga yang amat mampu milik. Redmi K40 yang dijana cip Snapdragon 870 misalnya dijual di China pada harga di antara RM1252-RM1690 sebuah. Agak menarik apabila anda menyedari Snapdragon 870 ialah Snapdragon 865 dengan teras utama yang lebih pantas.

Kini Redmi K40 telah disahkan akan menggunakan nama Poco F3 untuk pasaran Eropah. Ini adalah menerusi dokumen pendaftaran peranti di laman FCC. Walaupun menggunakan nombor model yang sama dengan Redmi K40, peranti telah disenaraikan sebagai Poco F3.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz OLED, menggunakan memori sehingga 12 GB LPDDR5, storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.1, serta bateri 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Kamera utama pula ada 48+8+5 MP manakala kamrea hadapan pula sebesar 20MP. Ini jelas meletakkannya dalam kategori peranti yang akan mendapat sambutan hangat jika harga yang rendah mampu dikekalkan untuk pasaran global kelak.

.

Komen