Microsoft Memperkenalkan Pembesar Suara Pintar Dengan Kebolehan Menyalin Audio Ke Teks Terbina

Diterbitkan pada Mac 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk membangunkan perisian dan juga perkakasan elektronik yang hadir dengan pelbagai jenis kegunaan, khususnya untuk tujuan produktiviti.

Terkini, syarikat tersebut telah memperkenalkan sebuah pembesar suara pintar yang bernama Intelligent Speakers yang bukan sahaja boleh merakam perbualan, tetapi juga menyalin audio yang dirakam tersebut kepada teks secara automatik.

Rakaman dan salinan audio kepada teks bukanlah sesuatu yang baru, tetapi apa yang membuatkan pembesar suara ini lebih unik berbanding perkakasan yang lain ialah ia bukan sahaja mampu mengenalpasti 10 jenis suara yang berbeza dan menyalin audio ke teks, tetapi juga mampu menyalin dan menterjemah audio ini dari bahasa yang berbeza.

Dibangunkan bersama-sama syarikat-syarikat Yealink dan Epos, pembesar suara ini pada masa ini dikatakan adalah sebuah konsep yang berfungsi, dimana ia dilaporkan bahawa teknologi ini juga boleh dimuatkan didalam produk-produk lain seperti Surface Hub yang dikatakan menyokong teknologi ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mula menjual pembesar suara Intelligent Speakers ini, mahupun tanda harganya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami