ROG Phone 5 Bakal Menjadi Terawal Dengan Memori Sehingga 18GB RAM

Diterbitkan pada Mac 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran sejumlah telefon pintar dengan memori sehingga 16GB RAM. Menariknya, Asus melalui ROG Phone 5 kelak, dijangka akan menjadi terawal untuk menawarkan telefon pintar dengan memori mencapai 18GB RAM.

Perkara ini didedahkan melalui ujian penanda aras Geekbench yang memperlihatkan Asus ROG Phone 5 bakal hadir dengan memori 18GB RAM.

Seperti biasa, Asus dijangka menawarkan beberapa variasi, dan berkemungkinan versi paling berkuasa hadir dengan memori 18GB RAM.

Dengan penawaran memori setinggi ini, kita mungkin akan melihat pelbagai pengeluar lain mengikut jejak – dan mungkin kita melihat penawaran memori melangkaui 20GB RAM tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami