Perserverance Yang Kini Di Permukaan Marikh Menggunakan Cip Apple iMac G3 Tahun 1998

Perserverance Yang Kini Di Permukaan Marikh Menggunakan Cip Apple iMac G3 Tahun 1998

Diterbitkan pada Mac 3, 2021 oleh .

Tanggal 19 Februari lalu, perayau Perseverance berjaya mendarat di permukaan planet Marikh bagi melakukan misi mencari bukti wujudnya hidupan di planet tersebut. Pasti ramai merasakan untuk misi yang penting dan ia perayau generasi terkini, ia pastinya dilengkapi dengan teknologi yang terkini.

Tetapi menurut laporan NewScientiest, Perserverance sebenarnya sekadar menggunakan cip pemproses PowerPC 750 yang digunakan Apple iMac G3 dari tahun 1998. Pemproses ini sekadar dilengkapi satu teras berkelajuan 233 MHz sekaligus menjadikannya jauh lebih perlahan jika dibandingkan dengan sebuah telefon pintar Android GO di pasaran sekarang.

Tetapi pemproses yang digunakan pada Perseverance telah diubahsuai oleh BAE Systems bagi membolehkannya bertahan suhu di antara -55 dan 125 °C dan radiasi sehingga 1,000,000 Rads.

Jadi mengapa pemproses yang berusia dan perlahan digunakan di permukaan Marikh? Jawapannya ialah pemproses yang perlahan dan berusia ini telahpun terbukti lebih tahan lasak berbanding pemproses moden yang lebih pantas. Untuk misi penting 471 juta km dari Bumi, NASA mementingkan robot yang boleh beroperasi kerana jika rosak tiada siapa yang boleh membaikinya.


Paling Popular