Aplikasi Google TV Mula Mempunyai Alat Kawalan Android TV Terbina

Aplikasi Google TV Mula Mempunyai Alat Kawalan Android TV Terbina

Diterbitkan pada Mac 3, 2021 oleh .

Google TV adalah nama baharu bagi sistem operasi Android TV. Buat masa ini ia lebih kepada pelancar yang pintar, di mana boleh mencadangkan kandungan, aplikasi dan banyak perkara lain yang bersesuaian dengan minat pengguna.

Google TV buat masa ini terhad kepada Chromecast baharu, Sony BRavia XR, beberapa televisyen TCL dan banyak lagi sehingga 2022 kelak. Tetapi untuk pengguna lain, lebih-lebih lagi di negara yang menyokong Chromecast with Google TV secara rasmi – Google TV adalah aplikasi Google Play Movies & TV yang dijenamakan semula.

Dengan sistem Google TV yang lebih pintar, aplikasi menstrim, beli dan sewa kandungan digital ini seakan diintegrasikan dari dalam sistem. Terkini, wakil XDA telah menemui kemungkinan besar yang aplikasi Google TV (Play Movies & TV) mungkin akan menjadi pengganti kepada aplikasi Android TV Remote. Ini kerana fungsi alat kawalan mula ditawarkan secara terbina dan aplikasi Android TV Remote juga sudah bertahun tidak dikemaskini.

Seperti aplikasi yang sudah kuno ini, ia harus bersambung ke WiFi yang sama dengan peranti Android TV. Kemudian, turut terbina adalah alat kawalan D-Pad segi empat. Cuma masuk akal, aplikasi yang ringkas terus diintegrasi dalam satu aplikasi untuk semua.

Muat Turun Aplikasi Google Play Movies & TV/Google TV


Paling Popular