Cari @ Amanz

Program Jendela dibangunkan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati dan memanfaatkan sambungan internet, tidak kira mudah-alih ataupun jalur-lebar tidak kira dimana mereka berada.

Melalui program tersebut, ia dilihat bahawa kerajaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan bantuan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mula menambah dan menaiktarafkan pelbagai jenis rangkaian internet di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mendapat kualiti rangkaian yang baik sebelum ini.

Walaupun proses ini dilihat sedang berjalan dengan lancar, salah satu isu dengan proses ini ialah proses rundingan dengan kerajaan tempatan dikatakan salah satu aspek yang menyebabkan syarikat-syarikat telekomunikasi ini lewat dalam melakukan kerja pembangunan ataupun penambahbaikan rangkaian di beberapa kawasan.

Oleh kerana itu, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang rundingan dengan pihak kerajaan tempatan dalam masa 10 hari bekerja.

Jika rundingan tidak berjaya dalam jangkamasa ini, syarikat-syarikat telekomunikasi boleh melaporkannya ke pihak SKMM, dan mereka akan cuba melihat apa yang boleh dilihat untuk mempercepatkan proses ini.

Dalam pada itu, SKMM juga telah mengenalpasti tujuh lokasi berimpak tinggi yang perlu dinaiktarafkan dengan kadar segera:

  • Pusat Pentadbiran Persekutuan dan Negeri
  • Hab pengangkutan
  • Taman perindustrian
  • Projek kerajaan dibawah Pelan Malaysia ke-12
  • Projek Jendela
  • Lokasi-lokasi dengan pembekal telekomunikasi eksklusif
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd