Cari @ Amanz

Siri Black Shark adalah peranti mercu memfokuskan permua, atau gaming. Tahun ini, Black Shark akan melancarkan Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro. Siri Black Shark pada awalnya bersaing dengan Razer, tetapi Razer sudah tiada – kini pesaing adalah Red Magic dan Asus ROG Phone.

Setakat ini, Black Shark 4 masih misteri. Apa yang rasmi adalah ia menyokong sistem pengecasan 120W dan bateri 4500mAh yang boleh menegcas peranti dari 0% sehingga 100% dalam masa 15 minit. Terkini, peniris terkenal Digital Chat Station menyatakan yang Black Shark 4 akan dijana dengan Snapdragon 870 dan Black Shark 4 Pro pula akan dijana Snapdragon 888.

Memandangkan Asus ROG Phone 5 akan dijana dengan cip Snaopdragon 888, ini memberi petanda yang tiada versi + akan diperkenalkan. Jadi pengeluar akan fokus kepada Snapdragon 870 untuk variasi mrah dan Snapdragon 888 untuk variasi utama. Skrin dikatakan adalah 6.67-inci dan masih menggunakan resolusi FHD+.

Ada kemungkinan besar kedua-dua peranti ini lebih kurang sama sahaja, tetapi dalaman, kamera adalah berbeza seperti Mi 11? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd