Cari @ Amanz

Apple Disaman Kerana Bateri iPhone X Yang Meletup

Link Copied!

Bateri meletup menjadi bualan dunia empat tahun lalu selepas kesemua Samsung Galaxy Note 7 ditarik dari pasaran. Selepas itu Samsung berjanji untuk meningkatkan kawalan kualiti bateri untuk mengelakkan isu yang sama berulang. Namun begitu isu bateri meletup masih berlaku secara rawak sehingga mengakibatkan kecederaan, Di Australia, sebuah insiden yang berlaku pada tahun 2019 menyebabkan Apple kini disaman.

Robert De Rose, yang berasal dari Melbourne mendakwa iPhone X milik beliau meletup secara tiba-tiba ketika diletakkan di dalam seluar. Akibatnya seluar beliau terbakar dan bahagian paha melecur. Peranti baru sahaja berusia setahun ketika kejadian berlaku. Selepas gagal mendapatkan jawapan terus dari Apple, saman telah difailkan oleh beliau semalam bagi mendedahkan bahaya yang mungkin dihadapi pengguna lain.

Firma guaman yang memawaiki De Rose turut sebelum mewakili seorang lagi individu yang melecur selepas Apple Watch yang dipakai meletup. Apple telah memberikan kenyataan bahawa keselamatan pengguna adalah dipandang serius oleh mereka dan kedua-dua insiden sedang disiasat.


Komen ()