Cari @ Amanz

Spesifikasi Realme 8 Diacah Secara Rasmi – Dilengkapi Skrin Super AMOLED Dan Bateri 5000mAh

Oleh Aman

Link Copied!

Realme telah pun mengumumkan penggunaan sensor 108-megapixel untuk versi Realme 8 Pro sebelum ini. Hari ini, pihak Realme turut berkongsi gambar melalui media sosial, memperlihatkan spesifikasi yang bakal disertakan oleh telefon pintar asas dibawah siri Realme 8.

Melalui gambar kotak yang dikongsikan di media sosial, ia memperlihatkan Realme 8 akan hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dijana cip MediaTek Helio G95, kamera utama 64-megapixel dibelakang, dan juga bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Penawaran ini dijangka penawaran siri asas Realme 8, dan versi berspesifikasi tinggi bakal hadir dengan sensor kamera lebih besar – iaitu 108-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Realme 8 akan dilancarkan. Tetapi, dengan pengenalan Redmi Note 10 yang bakal berlangsung minggu ini, semestinya pihak Realme tidak ingin ketinggalan jauh dalam penawaran mereka tersendiri.


Komen ()