Cari @ Amanz

Sony dan Xbox telah melancarkan konsol generasi terkini mereka tahun lalu dengan sambutan yang cukup luar biasa. Akibatnya permintaan lebih tinggi pengeluaran sehingga harga jualannya meningkat naik. Yang menjadi persoalan ialah bilakah pula konsol generasi terkini Nintendo akan dilancarkan?

Menurut laporan Bloomberg, ia akan berlaku pada penghujung tahun ini. Nintendo Switch yang ditambah baik ini akan dilengkapi skrin 7″ OLED yang lebih besar. Ini adalah peningkatan dari 6.2″ pada Switch asal dan 5.5″ pada Switch Lite. Yang mengecewakan ialah resolusi akan kekal sehingga 720P sahaja.

Nintendo Switch

Samsung dilaporkan akan menjadi pembekal skrin OLED kepada Nintendo. Penukaran dari LCD ke OLED pastinya mengurangkan penggunaan bateri kelak.

Turut ditambah baik ialah sokongan sehingga 4K akan dapat dinikmati apabila Switch dimasukkan ke dalam dermaga untuk dimainkan pada televisyen. Ini ialah antara ciri yang diminta pengguna pada model yang mungkin menggunakan nama Switch Pro. Pihak Nintendo dan Samsung walau bagaimanapun enggan mengulas mengenai berita yang dilaporkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd