Cari @ Amanz

Brave merupakan salah satu pelayar web alternatif yang menarik untuk Google Chrome, dan sedia memmpunyai sejulah ciri menarik. Terbaru, hari ini Brave mengumummkan mereka telah mengambil-alih enjin carian Tailcat, dan bakal hadir dengan penawaran mereka tersendiri tidak lama lagi.

Enjin carian Brave ini kelak akan memfokuskan kepada privasi, dan ditawarkan sebagai alternatif kepada Google.

Dengan langkah ini, Brave akan mempunyai penawaran penuh dari segi pelayaran web dan juga carian di web – sekaligus memberikan penawaran menyeluruh dengan menghormati privasi pengguna, sekaligus bersaing dengan pihak Google.

Akhir-akhir ini privasi telah menjadi fokus ramai pihak, termasuk peralihan pada aplikasi permesejan mahupun enjin carian. Penawaran Brave ini juga mungkin kelak akan mencuri perhatian ramai, dan menjadi alternatif untuk Google.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk Brave Search ini hari ini. Tiada tarikh diberikan buat masa ini berkenaan penawarannya kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd