Carian
Netflix Melancarkan Fast Laugh Seakan TikTok Untuk Klip Jenaka Pendek
March 4, 2021 Effi Saharudin

Terdapat ribuan kandungan yang boleh distrim menerusi Netflix. Antara cabaran penduduk dunia pertama ialah mencari kandungan yang ingin ditonton. Dengan TikTok kini menjadi aplikasi terhangat kerana penawaran klip pendek, Netflix mungkin merasakan ia sebagai pencabar dan telah melancarkan ciri terbaru Fast Laugh.

Fast Laugh ialah ciri yang memaparkan klip jenama pendek dari kandungan yang mereka tawarkan. Dengan Fast Laugh babak kelakar dari siri kegemaran dapat ditonton dengan mudah. Video yang dipaparkan adalah menegak dengan butang sisi yang mirip digunakan di TikTok. Terdapat sebuah butang LOL yang akan memaparkan emoji ketawa di skrin serta butang perkongsian klip ke laman media sosial lain seperti Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Menurut Netflix, sebanyak 100 klip pendek akan ditawarkan setiap hari menerusi Fast Laugh. Ia boleh diakses menerusi tab khas di bahagian bawah skrin. Pada waktu ini ciri Fast Laugh hanya ditawarkan kepada pengguna iOS di negara berbahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Australia dan UK dengan rancangan memberikannya kepada pengguan Android serta global di masa hadapan.

Komen