Carian
Neftlix Dan iFlix Ialah Platform Penstriman Video Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020
March 4, 2021 Effi Saharudin

Perkhidmatan penstriman dengan pantas menggantikan perkhidmatan TV satelit sebagai sumber hiburan kerana boleh diakses di pelbagai peranti. Tahun lalu perkhidmatan penstriman adalah antara segelintir perniagaan yang tidak terjejas kerana pandemik. Ramai duduk di rumah untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus. Tetapi bagaimanakah situasinya di Malaysia?

Menurut data yang dikongsi oleh JustWatch, perkhidmatan penstriman dengan jumlah pengguna tertinggi di Malaysia tahun 2020 ialah Netflix dengan pegangan 36%. Ini diikuti oleh iFlix (18%), Viu (17%), HBO Go (
7%) dan Prime Video (6%). YouTube tidak tersenarai kerana JustWatch hanya mengira perkhidmatan berbayar sahaja pada waktu ini.

Kedudukan Netflix yang jauh di hadapan tidaklah mengejutkan kerana mereka menawarkan jumlah kandungan yang paling tinggi di Malaysia. Persoalannya ialah apabila Disney+ akhirnya ditawarkan di Malaysia kelak, apakah kedudukannya?

Komen